Sunday, July 4, 2010

Program Celik Al-Quran

Pendahuluan

Program Celik al Quran ialah satu-satunya program pembelajaran al Quran yang dihasilkan melalui satu penyelidikan yang mendalam tentang aspek-aspek pembelajaran Bahasa Arab Moden (MSA) yang berasaskan bahasa al Quran.

Matlamat

Memandangkan mempelajari dan memahami al Quran itu satu tugas dan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap insane yang berugama Islam, maka matlamat program CaQ ini ialah untuk mebasmi buta al Quran di kalangan umat Islam dan juga panutur bukan Arab.

Objektif

Di akhir program ini, diharapkan para peserta akan dapat:

1. Memahami asas-asas ilmu saraf dan ilmu nahu al Quran yang menjadi dasar dalam pembinaan perkataan dan susunan ayat dalam al Quran.

2. Memahami perbendaharan kata perbuatan, kata nama dan kata haraf serta gantinama yang menjadikan al Quran mukjizat Nabi Mohammad S.A.W.

3. Memahami fungsi-fungsi ayat hukum, ayat mutasyabih yang menerbitkan hukum-hukum asas dalam Syariat Islam

4. Memahami hubungan antara perkataan-perkataan dalam ayat al Quran yang menjadi keistimewaan bahasa al Quran

Jangkamasa :

2 tahun (130-150 jam pembelajaran), satu setengah jam hingga dua jam setiap sesi, seminggu sekali dan akan dijalankan mulai Mac 2010. Preview akan diadakan sebelum sesuatu kelas baru diadakan.

Peringkat Kursus:

Kursus akan dibahagikan kepada 3 level:

Level 1:

Asas mengenali ilmu saraf dan pembentukan perkataan (30 jam)

Level 2:

Mengenali kepala ayat, ayat perbuatan dan ayat nama serta mengenalpasti 3 kategori penutup ayat (30jam)

Level3:

Latihtubi memahami ayat-ayat di dalam Surah al Baqarah dan Surah al Imran serta menguasai tugas dan fungsi setiap kata di dalam kedua surah tersebut (70 jam)

Apa yang istimewa dengan program CaQ

Ia adalah satu penyelidikan yang menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran bahasa termasuk kaedah tradisi (grammar translated method), kaedah Fungsi bahasa (Functional), Kaedah Makna (Notional), kaedah audio-lingual, dan kaedah Komunikasi (Communication Language Teaching). Pendekatan Neuro-Linguistic Programme (NLP) akan digunakan sepanjang sesi pengajaran untuk memudahkan system penyampaian.

Penyelidikan ini telah saya lakukan bermula tahun 1986-1988 ketika beliau diterima masuk belajar di Universiti Salford Manchester England. Pada tahun 1993-1997 kajian seterusnya dijalankan di Universiti Exeter, dan Universiti Leeds England. Sekarang kelas-kelas pengajian CaQ dijalankan di merata tempat di samping bertugas sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Hingga kini CaQ telah menghasilkan ramai peserta yang telah Berjaya memahami al Quran walau pun tanpa sebarang asas yang kuat. Falsafah, “setiap orang boleh berjaya memiliki ilmu memahami al Quran ini jika ada minat mendalam dan bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya.” Telah digunapakai dan dijadikan pegangan.

Kaedah yang digunakan ini begitu luar biasa dan membolehkan para peserta memiliki ilmu ini dalam jangka masa terpantas. Seterusnya menghapuskan kenyataan yang mengatakan bahasa Arab ini susah. Itu semuanya kata beliau berlaku dengan izin Allah jua. Selain daripada itu, sesiapa yang mengikuti kaedah ini berupaya untuk membantu anak-anak ya ng belajar bahasa tersebut di sekolah-sekolah.

Pendaftaran dan sebarang kemusykilandan penjelasan, bolehlah berhubung sendiri dengan :

Tuan Hj Abdullah @Mohd. Nor bin Endut

Tel. 0176552061

Pendaftaran telah dibuka dan kelas diadakan di kampus Kolej Universiti Antarabangsa, Selangor. Bukit Mahkota, Bangi. Sijil tamat kusus akan dikeluarkan. Yuran berpatutan dikenakan untuk setiap semester.

Friday, July 2, 2010

Welcome to my blog

Alhamdulillah, praise to Allah I am able to start my blog at last! It has always been my dream to share with you on my knowledge on various matters, namely, Education, Teaching Arabic & Motivational Course.

I hope you will follow me and encourage your contacts to do the same. Thank you.